25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Khaled letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuat kuasa esok.

Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut adalah sebagai mengambil tanggungjawab selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti.

Menurut beliau, UMNO secara jelas telah membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Boustead Holdings Berhad yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatan saya selaku Pengerusi kepada syarikat sejak Mei 2020.

“Saya yakin dan percaya syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama iaitu tabung persaraan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohamed Khaled merupakan pemimpin UMNO kedua yang meletak jawatan selepas Ahli Parlimen Lenggong yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, semalam. – EDISI 9

Baca juga:   'Datuk Seri' panjat pagar SPRM elak ditahan polis

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan