31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Covid-19: 20,897 kes baharu, 1,005 individu di ICU

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan iaitu 20,897 kes berbanding semalam 19,268 kes, sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 18,465 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 1,005 kes dan kes memerlukan bantuan pernafasan ialah 464 kes.

Menurutnya, sebanyak 282 kes kematian direkodkan menjadikan sebanyak 16,664 kes kumulatif direkodkan di negara ini sejak tercetusnya pendemik Covid-19.

“Kes kematian pada hari ini yang melibatkan 139 kes di Selangor, 52 kes di Johor, 21 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Sabah, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Kedah, sembilan kes di Kelantan, tujuh kes di Pahang, lima kes di Melaka, masing-masing tiga kes di Negeri Sembilan dan Perak, dua kes di Terengganu, serta masing-masing satu satu kes di Perlis, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Baca juga:   Termometer inframerah tidak pancar radiasi - Dr Noor Hisham

“Sebanyak 98 kes kematian di luar hospital (BID) direkodkan dengan 63 daripadanya merupakan warganegara dan 35 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 20,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 422 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala menurutnya, sebanyak 20,475 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Baca juga:   Sah! PKRC MAEPS dibuka semula esok, mula dengan 100 katil

“Secara keseluruhan, 15,371 kes (73.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Berdasarkan data terkini semalam, nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau RT Malaysia adalah sebanyak 1.02.

Menurutnya, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.22), diikuti oleh Sarawak (nilai1.19), dan Sabah (nilai RT 1.12).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ikan buntal tidak dibenar dijual – KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan