31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ziyad tetap juara di hati Keluarga Malaysia, kata PM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap menganggap Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai juara biarpun kemenangannya ‘dirampas’ oleh pengadil pertandingan yang menerima bantahan kem Ukraine berhubung isu teknikal.

Menurut Perdana Menteri, kejayaan Ziyad memecahkan rekod dunia dengan lontaran 17.94 meter dalam temasya Paralimpik 2020 di Tokyo hari ini merupakjan sesuatu yang luar biasa.

“Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!

“Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal ditangan Malaysia #malaysiaboleh #letlogicprevail,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam ini.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam twitternya berkata, keputusan oleh pengadil pertandingan masih mengekalkan pingat emas kepada atlet Ukraine, Maksym Koval.

Advertisements

Beliau berkata, walau bagaimanapun, peraturan pertandingan membenarkan rayuan dibuat oleh negara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Ini termasuk sokongan padu dari Australia dan Equador yang telah mengemukakan rayuan bersama dengan beberapa justifikasi yang dirasakan sepatutnya bantahan awal Ukraine tidak perlu dipertimbangkan,” katanya.

Reezal berkata, kontinjen Malaysia akan memfailkan rayuan berhubung kes tersebut dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen yang dijadualkan esok pagi.

“Majlis penyampaian hadiah turut ditangguhkan sehingga keputusan muktamad mengenai rayuan tersebut diputuskan,” katanya. = Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan