27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Calon SPM, STPM dapat ‘suntikan’ motivasi dari siswa USIM

Mesti Baca

NILAI – Kira-kira 300 calon SPM dan STPM dari empat sekolah menerima suntikan motivasi secara langsung daripada siswa tahun akhir jurusan Seni Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. 

Mereka terdiri daripada 46 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor; 57 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu; 93 orang SMKA Melor, Melor, Kelantan dan 120 pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu.

Menurut pensyarah penashat program, Ar. Nasrudin Sharkawi, seramai 28 orang siswa tahun akhir jurusan Seni Bina Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) terlibat menjayakan Program Archi-Naqli Bersama Masyarakat tersebut.

Beliau berkata, program serampang dua mata di mana pelajar sekolah disuntik dengan motivasi oleh siswa USIM melalui perkongsian pengalaman dan strategi pembelajaran yang telah mereka lalui untuk dapatkan keputusan cemerlang di sekolah dan universiti.

“Pada masa sama, mereka turut didedahkan laluan untuk melanjutkan pengajian Seni Bina di USIM dan prospek kerjaya sebagai seorang arkitek atau ahli profesional dalam industri pembinaan.

Motivasi norma baharu anjuran USIM tetap memberi impak positif pada calon-calon SPM dan STPM 2021

“Siswa USIM dibahagikan kepada empat kumpulan kecil bagi setiap sekolah untuk mereka menjalankan modul aktiviti motivasi dengan pelaksanaan norma baharu secara dalam talian,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, Program Archi-Naqli Bersama Masyarakat telah dirancang sejak awal tahun 2021 untuk diadakan secara bersemuka dengan pelajar sekolah terpilih.  

Namun terpaksa dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan. 

“Secara keseluruhanya, pihak sekolah dan pelajar yang terlibat amat berpuas hati dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kami untuk menambahkan lagi semangat belajar terlibat lebih bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM nanti,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan