26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Calon SPM, STPM 2021 terima suntikan vaksin bulan depan

Must Read

CYBERJAYA – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun ini akan diberikan suntikan vaksin Covid-19, mulai bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, mereka akan menerima suntikan vaksin Pfizer yang dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sekolah-sekolah terbabit akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dimulakan sejurus sesi persekolahan secara fizikal dilaksanakan semula.

“Kita akan mulakan pemberian vaksin kepada mereka pada Julai sebagai persediaan sebelum mereka kembali ke sekolah kelak,” katanya seperti dilapor Bernama.

Semalam Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memutuskan untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Md Jidin susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

Baca juga:   1MDB: Kerajaan terima bayaran pertama daripada AMMB Berhad

Khairy dilapor berkata, data peperiksaan tahunan diterima daripada Radzi menunjukkan terdapat 357,00 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya berpeluang kembali ke sekolah .

Pada 15 Jun, penggunaan vaksin Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech diluluskan bagi golongan berusia 12 tahun dan ke atas menerusi program imunisasi kebangsaan.

Sementara itu memetik laporan FMT, Khairy berkata, Pahang akan mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang Oktober ini, termasuk Orang Asli dan penduduk di luar bandar.

Baca juga:   6 hari berturut jangkitan baharu bawah 2,000 kes

Beliau berkata, mereka akan divaksin sebelum musim tengkujuh melanda negeri pantai timur itu pada hujung tahun.

Katanya, sebanyak 440,000 dos vaksin akan dibekalkan ke negeri itu bulan depan, berbanding 180,000 dos yang diterima bulan ini.

“Kita harap dengan penambahan vaksin ini, Pahang mampu tingkatkan kadar suntikan harian daripada 5,000 sehari ketika ini, kepada 8,000 sehari.

“Kita tak mahu bila musim banjir nanti, kita masih tercari-cari penduduk untuk divaksin,” katanya.

Khairy berkata, lebih banyak PPV termasuk PPV bergerak akan dibuka di kawasan pedalaman dan semua daerah di Pahang, termasuk Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh yang mempunyai kawasan pedalaman luas.

Baca juga:   Penggabungan UMT, UNISZA tidak diteruskan

Latest News

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

SEKUMPULAN peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan dan menghantar bekalan 'raja buah'...

More Articles Like This