26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Sidang Parlimen: PAS junjung tinggi titah Agong

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – PAS menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan raja-raja Melayu agar sidang Parlimen diadakan segera.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS yakin bahawa titah Seri Paduka dan Raja-raja Melayu berkenaan perkara itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PAS menyanjung tinggi pandangan Seri Paduka yang menekankan supaya semua pihak mewujudkan suasana tenang dengan mengurangkan politiking supaya kerajaan dan semua pihak dapat memberi fokus untuk menghadapi wabak ini dan menjaga kebajikan rakyat yang terkesan daripada wabak ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kelmarin, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Baca juga:   Desak sidang Parlimen, jangan ‘ada udang di sebalik batu’

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudin berkata, Seri Paduka menzahirkan pandangan itu setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas Al-Sultan Abdullah selesai berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah amat menyedari peranan Parlimen sebagai platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.

Baca juga:   PM akan umum pakej bantuan ekonomi lebih besar - Khairy

Selain itu, Raja-raja Melayu berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Dalam semangat tersebut, Raja-raja Melayu menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan harı ini selepas Al-Sultan Abdullah mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara kelmarin.

Tuan Ibrahim menambah, PAS turut menjunjung tinggi titah pandangan Seri Paduka agar kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin serta pentingnya mempunyai kerajaan yang stabil dan kukuh serta berfungsi secara efektik menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Baca juga:   Kalimah Allah: Wanita UMNO, Muslimat PAS gesa kerajaan rayu

“PAS melihat perkara ini adalah selaras dengan usaha yang giat dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan ketika ini,” jelasnya.

Beliau memberitahu, PAS yakin dengan usaha dan komitmen kerajaan Persekutuan yang telah berjaya memberikan suntikan vaksin COVID-19 secara konsisten melebihi 200,000 sehari.

“Ia sebagai kayu ukur dalam mencapai sasaran 80 peratus rakyat divaksin sehingga hujung tahun ini.

“Selaras dengan strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, PAS melihat perancangan kerajaan melalui empat fasa yang dikemukakan mampu menguruskan krisis kesihatan dan memulihkan ekonomi negara dengan baik,” jelasnya.

Baca juga:   PAU2020: Biarlah kita umpama 'carik-carik bulu ayam'

Tuan Ibrahim berkata, PAS menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang mengambil berat terhadap usaha menghadap pandemik COVID-19 dan menjaga kebajikan rakyat.

“Tindakan yang diambil oleh Seri Paduka bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik dan mendengar taklimat daripada agensi-agensi kerajaan menunjukkan bahawa Seri Paduka amat mengambil perhatian terhadap situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara,” ujarnya.

Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan institusi Raja-raja Melayu jelas menjadi payung kepada seluruh rakyat tanpa mengira kepercayaan agama dan fahaman politik, – EDISI 9

Baca juga:   Mahathir bagai 'melukut di tepi gantang'

Latest News

67.61 peratus guru sudah divaksin – Radzi

CYBERJAYA - Sebanyak 67.61 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19...

More Articles Like This