28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

32.6 juta dos vaksin sudah diberi setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 423,380 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, sebanyak 161,386 individu meneruma suntikan dos pertama.

Manakala 261,994 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, Johor mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 31,221 bagi dos pertama, manakala sebanyak 38,127 bagi dos kedua.

Diikuti,Selangor dengan sebanyak 11,706 dos pertama manakala sebanyak 32,889 bagi dos kedua.

Advertisements

Manakala, Labuan merekodkan pemberian dos harian terendah dengan sebanyak 17 bagi dos pertama dan sebanyak 159 bagi dos kedua

Sementara itu, sejumlah 32,635,907 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia, setakat semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 18,792,979 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 57.5 peratus jumlah populasi (80.3 peratus populasi dewasa).

Manakala, seramai 13,842,928 individu telah menerima suntikan dos kedua vaksin, atau bersamaan 42.4 peratus jumlah populasi (59.1 peratus populasi dewasa).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi suntikan dos pertama dengan 101.5 peratus bagi Labuan dan 109.9 peratus bagi Lembah Klang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan