24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

97.3 peratus dos pertama populasi dewasa di Lembah Klang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang terus merekodkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 97.3 peratus berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 5,997,333 individu menerima suntikan pertama, manakala seramai 2,427,041 individu menerima suntikan kedua.  

Diikuti, Labuan dengan 95.2 peratus dos pertama populasi dewasa; Sarawak (84.9 peratus); Negeri Sembilan (73.4 peratus); Perlis (63.3 peratus) dan Pulau Pinang (57.6 peratus).

Maklumat itu dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi laporan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat 2 Ogos 2021 pada pukul 11.59 malam.

Bagaimanapun,tujuh negeri masih merekodkan pemberian vaksin dibawah 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dan paling terendah adalah Sabah dengan 32.9 peratus.

Advertisements

Sementara itu, bagi jumlah pemberian vaksin harian di seluruh negara semalam, merekodkan penurunan iaitu sebanyak 468,526 dos vaksin diberikan setakat semalam kepada penerima.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, daripada jumlah itu, suntikan pertama sehingga 11.59 malam tadi merekodkan 223,479 dos manakala suntikan kedua sebanyak 245,047 dos sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara meningkat sebanyak 21,668,999 dos keseluruhan,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 14,471,138 (61.8 peratus) bagi dos pertama manakala 7,197,861 (30.7 peratus) bagi dos kedua mengikut populasi dewasa.

Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 82.2 peratus dan 67.0 peratus– Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan