25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Langgar SOP PPN, 348 individu kena kompaun

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 348 individu dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), semalam.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dalam operasi pematuhan SOP PPN tersebut, PDRM turut menahan reman 27 individu untuk siasatan lanjut.

“Pasukan Task Force Opersi Pematuhan menjalankan pemeriksaan ke atas 17,678 premis terdiri daripada kilang (1,387), premis perniagaan (15,580), tapak pembinaan (556) dan asrama penempatan pekerja (155), semalam.

“Daripada keseluruhan premis yang diperiksa, 34 premis diarahkan tutup operasi serta merta kerana didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, pasukan keselamatan berjaya menahan seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng di seluruh negara, semalam.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu, lima lokaliti di Sabah, Kelantan dan Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, mulai 4 Ogos ini.

Menurut beliau, PKPD di Sabah dikenakan di di Kampung Selagon dan Kampung Binsulok, Beaufort.

“PKPD juga bakal dilaksanakan di dua Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang, Tumpat dan Kampung Tok Sadang, Mukim Badang, Kota Bharu, Kelantan.

“Di Sarawak, PKPD dilaksanakan di kuarters pekerja Ladang Palmlyn, Mukah,” jelasnya.

Hishamuddin menambah, sebanyak 15 lokaliti yang dikenakan PKPD, masing-masing 12 di Terengganu, dua di Pahang dan satu di Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan lagi mulai Rabu ini.

“Pelanjutan tempoh PKPD itu meliputi Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak, Kampung Molek, Bijangga, Sungai Udang dan Sungai Penaga di Mukim Kuala Dungun, Dungun serta Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 di Kemaman.

“PKPD turut dilanjutkan di Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang serta Kampung Pituru Kinarut, Papar, Sabah,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tempoh PKPD 10 lokaliti di Dungun dilanjutkan bermula 4 hingga 16 Ogos ini manakala tempoh PKPD lima lokaliti di Kemaman, Raub dan Papar dilanjutkan bermula 4 hingga 17 Ogos. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan