33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Rauf dilantik Pengarah Urusan Nokia bagi 3 negara

Mesti Baca

CYBERJAYA – Nokia telah melantik Datuk Mohd Rauf Nasir sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia, Maldives dan Sri Lanka berkuat kuasa mulai 1 Ogos lalu.

Beliau yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam sektor komunikasi dan teknologi Malaysia, akan mengawasi perniagaan dan operasi Nokia untuk negara berkenaan yang berpusat di Kuala Lumpur.

Sebelum bergabung dengan syarikat ini, Mohd Rauf adalah Presiden Negara Motorola Solutions Malaysia.

“Peranannya membantu mengembangkan perniagaan komunikasi misi kritikal syarikat dalam sektor keselamatan awam, minyak dan gas, pengangkutan serta perusahaan,” kata Nokia dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Mohd Rauf menjawat pelbagai jawatan kanan di IBM termasuk menguruskan sektor awam, penjanaan kesihatan dan pertahanan.

Jawatan terakhirnya sebagai Pengurus Besar Sektor Komunikasi yang memfokuskan segmen utama seperti, telekomunikasi, utiliti dan media.

“Pengalaman yang kaya dan luas dapat membantu mengembangkan perniagaan Nokia secara berterusan di rantau ini.

“Peranannya amat penting untuk memimpin penyampaian inovasi dan penyelesaian utama Nokia di rantau ini dari portfolio unik syarikat, termasuk rangkaian tanpa wayar peribadi berkelajuan ringgit dan 5G,” kata kenyataan itu.

Baca juga:   4 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Sementara itu, Mohd Rauf berkata, Malaysia merupakan pasaran utama untuk Nokia dan pihaknya akan terus bekerja dengan pihak berkepentingan industri di negara ini untuk memajukan transformasi digital yang holistik.

“Sebagai peneraju teknologi global, Nokia bersedia untuk menyumbang kepada teknologi nasional, seperti 5G,” kata beliau dalam kenyataan sama.

Baca juga:   TNB lancar rangkaian gentian optik jalur lebar ALLO

Beliau berharap dapat bekerjasama dengan pengendali dan pelanggan serta kerajaan untuk memperkuatkan ekosistem tempatan, terutama dalam memperkasakan masyarakat dan ekonomi Malaysia demi mempercepat peralihan ke arah Industri 4.0. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kylian Mbappe dinamakan kapten baharu Perancis

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps melantik penyerang muda sensasi, Kylian Mbappe sebagai ketua pasukan baharu skuad Les Bleus. Lantikan itu dibuat...

Lagi Artikel Berkaitan