28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Singapura benarkan ‘walk-in’ di 11 pusat vaksinasi Moderna

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan bermula hari ini mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin di 11 pusat vaksinasi COVID-19 Moderna tidak perlu membuat janji temu.

Memetik laporan Bernama, langkah itu bertujuan memudahkan rakyat Singapura , Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin , menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian, penduduk yang belum menerima dos pertama boleh ‘walk –in’ ke mana-mana pusat pemberian vaksin berkenaan.

Sejak pertengahan Julai lalu, Singapura telah membenarkan warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk pergi ke mana-mana pusat vaksinasi, politeknik atau Klinik Kesihatan Awam tanpa janji temu.

Advertisements

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini program vaksinasi COVID-19 kebangsaan, kementerian memaklumkan Singapura telah mencapai kemajuan memberangsangkan setakat ini.

Setakat 31 Julai 2021, sejumlah 7.5 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan.

Kira-kira 4.3 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala sekitar 3.3 juta lagi lengkap dos kedua.

“Ini bermakna kira-kira 61 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan vaksinasi mereka,”menurut kementerian itu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan