29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

483,368 dos vaksin semalam, keseluruhan capai 22 juta dos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 483,368 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini mencecah 22,152,367 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 240,394 adalah dos pertama manakala 242,974 individu menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, seramai 7,440,835 individu atau 31.8 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Sementara, seramai 14,711,532 individu atau 62.8 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos pertama.

Lembah Klang terus mencatatkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 97.8 peratus berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Baca juga:   Ebit Lew bantu dua beranak terkandas 20 hari di Jakarta

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 6,028,715 individu menerima dos pertama, manakala seramai 2,545,791 individu menerima dos kedua.  

Diikuti, Labuan dengan 95.5 peratus; Sarawak (85.2 peratus); Negeri Sembilan (74.5 peratus) dan Perlis (64.0 peratus).

Bagaimanapun, beberapa negeri masih mencatatkan pemberian vaksin kurang daripada 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dan paling terendah adalah Sabah dengan 34.2 peratus.

Dalam pada itu, menerusi laporan harian pemberian vaksin, Selangor terus merekodkan  menerima jumlah vaksin tertinggi dengan 98,153 dos diikuti Johor dengan 51,411 dos. – Edisi 9

Baca juga:   Ordinan Darurat: Tindakan kerajaan teratur, ikut Perlembagaan

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan