24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

UMNO Pengerang berdiri teguh bersama Presiden – Azalina

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Pengerang menyambut baik kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

Ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu sememangnya selaras dengan asas dan tujuan parti UMNO seperti termaktb dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti.

Katanya, di bawah fasal tersebut menyatakan bahawa UMNO ditubuhkan untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.

“Raja dan rakyat berpisah tiada. Institusi raja merupakan payung negara yang melindungi rakyat.

“UMNO Bahagian Pengerang konsisten dan menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengambil pendirian berpihak kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Azalina yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ahli Parlimen Pengerang turut menghadiri mesyuarat khas MKT yang dipengerusikan oleh Zahid.

Baca juga:   UPSI kaji tragedi komunis serang Balai Polis Kuala Krau

Dalam sidang media petang tadi, Zahid memaklumkan bahawa
UMNO sudah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan bahawa parti itu telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Beliau berkata, bersama surat tersebut turut disertakan surat akuan yang ditandatangani oleh sebahagian daripada ahli-ahli Parlimen UMNO bagi mengesahkan penarikan balik sokongan tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan