34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

1,668 jujukan genome dijalankan, kes 409 VOC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan 1,668 jujukan genome virus COVID-19 sehingga 22 Julai lalu, dan telah mengesan 409 jenis varian yang membimbangkan (VOC).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, daripada jumlah 409 VOC yag dikesan itu terdiri Alfa dengan 189; Beta 206 dan Alfa 14.

“Pada bulan ini kita menjangkakan jumlah penjujukan genom akan meningkat, sebab itu kita telah menubuhkan konsortium tujuh makmal di KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan universiti, meningkatkan lagi 1,000 kajian sebulan bagi memperincikan maklumat penyebaran varian di negara,” katanya pada Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Beliau berkata, varian Delta COVID-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza, dan mengambil masa untuk landai.

“Daripada unjuran kita berkaitan kenapa kes belum turun, menerusi National Insititute of Health (NIH) menunjukkan peningkatan kerana berhadapan dengan varian baharu. Seperti kita tahu tahun lepas, virus dominon adalah Sivagangga, jadi apabila peralihan dengan varian mutasi baharu ianya adalah berbeza.

“Pada masa kini daripada penjujukan genom yang dilakukan di makmal,dominon adalah varian Delta. Kadar kebolehjangkitan antara varian-varian itu juga berbeza yang mana virus Vuhan dari 2 ke 3.5 manakala varian Delta dianggarkan 5 ke 8.

Advertisements

“Di Lembah Klang, varian utama yang dijangka adalah varian Delta, bagaimanapun kita melihat dengan kadar vaksinasi pemberian dos kedua dianggarkan pada akhir 31 Oktober dengan mencapai 80 peratus, kita akan mula nampak landai lengkuk dan memuncak pada akhir bulan ini,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, perkara yang sama boleh dilihat di Labuan dan Sarawak contohnya, kadar vaksinasi meningkat tinggi dan kes baharu di kedua-dua negeri itu menurun.

“Jadi apa yang mahu ditekankan disini adalah kadar kemasukan ke dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU), dan juga kadar kematian. Ia menunjukkan penurunan ketara di Labuan dan Sarawak.

“Kita jangka buat perkara yang serupa di Semenanjung dan kawasan panas wabak meningkat di Lembah Klang. Dengan peningkatan kadar vaksinasi kita dapat lihat penurunan kes.

“Bagaimanapun perlu mengambil masa, namun yang penting sekali penurunan kemasukan pesakit serius ke wad, mereka yang dimasukkan ke ICU dan kadar kematian dengan harapan dapat diturunkan,”katanya.

Beliau berkata, pertambahan kes di sekitar Lembah Klang juga berpunca daripada kepadatan penduduk yang tinggi dengan komunitinya bercampur antara warganegara dengan bukan warganegara.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan