24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sektor perkilangan penyumbang terbesar kluster aktif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA –  Sektor perkilangan masih lagi menjadi penyumbang terbesar kluster aktif di Selangor diikuti perkhidmatan, tapak pembinaan, perniagaan dan komuniti.

Bagaimanapun, kata Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman, tiada satu pun kluster di Selangor berpunca daripada sambutan perayaan.

Mengulas lanjut, Sha’ari berkata, trend peningkatan kes di Selangor sebenarnya bermula tiga minggu awal sebelum sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha iaitu minggu epidemiologi ke-25 hingga sekarang.

“Ia disebabkan peningkatan jumlah saringan terutama di klinik swasta dengan 85 peratus ujian dibuat di situ ekoran kesedaran masyarakat yang luas dan bertindak segera,” katanya pada Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai langkah Jabatan Kesihatan Selangor mendepani peningkatan kes di Lembah Klang, beliau memaklumkan, pihaknya telah meningkatkan bilangan kapasiti katil daripada 6,165 kepada 7,671 yang dapat menampung pertambahan pesakit kategori 3, 4 dan 5 yang memerlukan rawatan rapi terutama di empat hospital khusus COVID-19 di negeri berkenaan.

Advertisements

“Ia meliputi Hospital Sungai Buloh, Ampang, Selayang dan terbaharu, Serdang dengan kadar pendudukan katil yang pernah mencapai maksimum lebih 100 peratus pada hari tertentu,” katanya.

Di samping itu kata Sha’ari, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang dilengkapi hospital medan bermula hari ini selain usaha pertambahan katil dilaksanakan di Kajang dan Banting.

“Semua hospital diberi tambahan silinder oksigen dengan sejumlah 3,000 tangki dibekal ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di MAEPS untuk stok di Selangor.

“Selain itu, perkhidmatan ambulans ke hospital juga ditambah melalui sewaan dari badan bukan kerajaan dan swasta serta pengubahsuaian kenderaan jabatan bagi dijadikan ambulans sementara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan