31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Tidak perlu terburu-buru beri ‘kelonggaran’ – TKP Kesihatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Malaysia perlu mengambil contoh negara luar yang mengalami peningkatan kes kesan daripada memberi ‘kelonggaran’ kepada penerima yang lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat pemberian kebenaran untuk penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 di negara perlu dikaji.

“Meskipun penerima yang sudah lengkapkan dua dos terpelihara, namun kelonggaran itu tidak wajar dibuat terburu-buru.

“Kita kena ambil iktibar pengalaman negara lain yang memang tinggi kadar vaksinasi dan beri pelepasan kepada penerima dua dos, kini kes baharu tiba-tiba boleh meningkat balik,” katanya pada Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Beliau berkata, sebagai contoh di Britain, banyak negara Eropah selain Israel dan Amerika Syarikat, yang membuka terlalu awal aktiviti sosial dan ekonomi.

Baca juga:   Jangkitan positif baharu COVID-19 turun 1,555 kes

Menurutnya, kebebasan tersebut wajar diberikan secara berperingkat dan bukan dibuat secara tergesa-gesa susulan kemunculan varian baharu lebih bahaya.

“Kena ada prasyarat tertentu seperti kadar vaksinasi sudah tinggi dengan paling bagus lebih 80 peratus telah dicapai supaya dapat kekang jangkitan dalam komuniti pula.

“Selain itu, kadar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu tinggi sebab varian terkini didapati lebih dahsyat mudah berjangkit terutama disiplin pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada peringkat tertinggi untuk menentukannya.

Baca juga:   Penghantar makanan perlu jalani saringan kesihatan

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sedia membuat pengumuman berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk penerima dua dos imunisasi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum bakal dimuktamadkan termasuk antaranya kebenaran merentas negeri dan kegiatan sukan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan