29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

[VIDEO] Tiada lagi kesesakan luar CAC Stadium Malawati

Mesti Baca

CYBERJAYA – Isu kesesakan di luar Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Shah Alam berakhir apabila beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Sebelum ini keadaan di luar stadium tersebut sesak dengan orang ramai yang beratur panjang untuk mendapatkan pemeriksaan awal Covid-19 di CAC tersebut, iaitu yang terbesar di negeri Selangor.

Menurut laporan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di CAC tersebut, isu kesesakan dan waktu menunggu panjang sehingga menjadi rungutan orang ramai diselesaikan apabila lebih ramai petugas ditempatkan.

Pada masa yang sama, lebih ramai pengunjung CAC dibenarkan berada di dalam stadium berkenaan berbanding sebelum ini.

Pengunjung CAC Stadium Malawati menunggu giliran mereka di dalam ruang stadium. – Sumber: Petugas KKM

Sehingga pukul 11.30 pagi ini, tidak kelihatan orang ramai beratur panjang di luar stadium seperti sebelum ini.

Peningkatan jumlah pengunjung CAC sejak beberapa hari lalu berkaitan dengan pertambahan jumlah kes harian di Lembah Klang.

Advertisements

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai agar tidak tertumpu di CAC Stadium Malawati semata-mata kerana terdapat banyak lagi CAC yang ada di negeri ini.

Ini termasuk CAC di Dewan Sukan Klang, Sri Andalas selain klinik-klinik kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Gombak seperti di Kuang, Batu 8, AU2, Hulu Kelang, Taman Ehsan, Batu Arang, Sungai Buloh, Selayang Baru, Rawang dan Gombak Setia.

Di bawah Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor pula, CAC turut dilakukan di Klinik Desa Ulu Yam Lama.

“Orang ramai dinasihatkan tidak hanya tertumpu kepada CAC stadium melawati sahaja. Sila ke CAC terdekat di kawasan masing-masing untuk elakkan kesesakan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sebelum ini tular beberapa gambar dan rakaman video menunjukkan orang ramai beratur panjang di luar CAC Stadium Malawati untuk mendapatkan pemeriksaan Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan