25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis siasat video 3 sekeluarga cetus kegentaran awam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap video tular memaparkan tiga individu sekeluarga yang didakwa mencetuskan kegentaran awam dengan berpura-pura meminum racun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video dengan kapsyen ‘please do not call me until finish watching’.

Menurut beliau, rakaman video berdurasi 16 minit 3 saat tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Reuben George memaparkan rakaman tiga sekeluarga yang berpura-pura meminum racun akibat kemurungan.

“Individu dalam video tersebut turut mempertikaikan usaha dan menggesa kerajaan agar mengambil tindakan drastik dalam menangani isu pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan tekanan serta kemurungan dalam kalangan rakyat sekali gus menyumbang kepada kes bunuh diri di Malaysia.

“Di antara minit 11:15 hingga 11:25 klip video yang sama, suspek mengaku tindakan yang dibuat merupakan role play dan cecair yang diminum bukan racun,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Abd Jalil memberitahu, rakaman video tersebut telah mendapat 252 reaksi, 93 komen, 246 perkongsian dan 6,300 tontonan sejak ditularkan dalam media sosial dua hari lalu.

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal atau emosi.

Advertisements

Katanya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam.

“Siasatan turut dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar,” jelasnya.

Abd Jalil berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan segera dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya

Menurut beliau, tindakan menularkan perlakuan ‘bunuh diri’ dalam media sosial boleh mengundang mereka yang berisiko melakukan perbuatan tersebut sebagaimana kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang bersifat sensitif.

“PDRM turut menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan