28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rodzi dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman lantikan itu, telah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan di sini.

Mohd Zuki turut mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan tersebut.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya.

Rodzi 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian)dari Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan)Majlis Keselamatan Negara. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan