26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Suntikan vaksin menuju setengah juta dos sehari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatatkan perkembangan baik dan sedang menuju setengah juta dos sehari tidak lama lagi.

Ini terbukti apabila selama tiga hari berturut-turut jumlah suntikan vaksin melepasi angka 400,000 sehari dengan jumlah tertinggi setakat ini direkodkan semalam apabila 434,828 dos vaksin diberikan di seluruh negara.

Jumlah tersebut jauh melepasi sasaran awal yang mana angka 400,000 disasarkan dicapai pada bulan Ogos, namun ia dapat dilakukan lebih awal daripada dijangkakan.

Berdasarkan pengiraan, sebanyak 1.28 juta dos telah diberikan dalam tempoh tiga hari pada 13, 14 dan 15 Julai iaitu sejak angka vaksinasi melepasi 400,000.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada 434,828 dos yang diberikan semalam, sebanyak 279,938 suntikan adalah untuk dos pertama manakala 154,890 membabitkan dos kedua.

Advertisements

“Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam adalah 12,647,558 dos vaksin.

“Ia terdiri sejumlah 8,644,292 individu menerima dos pertama manakala 4,003,266 individu telah terima dos kedua,” katanya menerusi hantaran Twitter beliau hari ini. 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan, lima negeri menunjukkan jumlah pemberian kedua-dua dos harian vaksin COVID-19 tertinggi terdiri Selangor dengan 114,147 dos , diikuti Sarawak (74,136), Kuala Lumpur (70,609), Pulau Pinang (24,403) dan Negeri Sembilan (23,742).

Sementara itu, dari segi jumlah kumulatif pemberian dos pertama dan dos kedua COVID-19, Sarawak mencatatkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 1,459,049 bagi dos pertama dan 714,451 bagi dos kedua.

Kemudian, diikuti jumlah pemberian hasil gabungan liputan bagi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan sejumlah 3,336,176 bagi dos pertama manakala 1,034,198 bagi penerima dos kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan