25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tangguh letak TH bawah BNM sehingga RCI selesai – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerajaan menangguhkan dahulu usaha meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH selesai.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, meletakkan TH di bawah BNM bukan keutamaan bagi Kementerian Kewangan dalam tempoh pandemik COVID-19 masa kini.

Najib yang kelihatan tidak bersetuju dengan langkah kerajaan itu berkata, TH bukanlah institusi perbankan yang memberikan pinjaman atau mengenakan riba.

Manakala matlamat penubuhan TH juga sangat berbeza berbanding institusi perbankan.

“Dua matlamat utama TH ialah memudah dan menyempurnakan urusan kemaah serta memperkasa ekonomi ummah.

“Jika dikawal terlalu ketat seperti bank maka jenis pelaburan dan pulangan dari pelaburan serta hibah tidak akan tinggi lagi. Bukan semua benda ialah bank,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Najib yang pernah memegang portfolio Menteri Kewangan ketika zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) berkata, model TH yang dilaksanakan sehingga kini sudah pun elok.

“Model TH sudah elok sejak berpuluh tahun dahulu. Lebih elok keputusan meletakkan TH bawah kawalan BNM ditunda selepas RCI bagi TH selesai,” katanya.

Advertisements

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini memaklumkan keputusan kerajaan meletakkan TH di bawah seliaan BNM bertujuan menambahbaik pengurusan dan operasi secara menyeluruh.

Langkah itu bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memperkasakan kedudukan kewangan TH dalam memenuhi mandatnya selaras dengan amalan standard tadbir urus yang baik yang ditetapkan United Nations Convention Against Corruption (UNCAC).

Beliau berkata, TH merupakan institusi kewangan yang disifatkan sistemik dan saling berhubung rapat dengan sistem kewangan negara berikutan skala operasinya yang besar iaitu dari segi saiz deposit dan pelaburan.

“Ia meliputi mengurus sejumlah hampir RM82 bilion deposit pada suku kedua tahun 2021, merangkumi 10 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan Islam,” katanya hari ini.

14 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju supaya kerajaan menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH.

Katanya, langkah itu adalah hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Enst & Young (EY) dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Berliau berkata, antara terma RCI yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri adalah skop RCI tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit TH dari 2014 hingga 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan