34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Syed Saddiq didakwa kerana satu undi di Parlimen?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan dakwaan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok ada kaitan dengan sidang Parlimen minggu depan.

Pengasas parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA) itu mendakwa, ini kerana sebelum ini beliau beberapa kali diugut agar menyertai Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu dikenakan pendakwaan.

“Lebih setahun saya diugut untuk didakwa jika tidak menyertai Perikatan Nasional. Setiap kali ada undian penting di Parlimen ugutan akan datang.

“Pada bulan Julai, Disember, Januari dan kini seminggu sebelum Parlimen bersidang. Saya lebih rela masuk mahkamah daripada masuk Perikatan Nasional,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuatkan menerusi twitternya malam ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang juga Ahli Parlimen dijangka didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen Jalan Duta berhubung penyelewengan lebih RM1 juta milik sebuah parti politik dianggotainya.

Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka berdepan dua pertuduhan bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1.12 juta melibatkan wang milik parti politik. Beliau adalah bekas ketua Pemuda parti itu.

Advertisements

Beliau juga dijangka turut dituduh bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

Siasatan ke atas Ahli Parlimen itu dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi beliau dan ibu bapanya.

Syed Saddiq berkata, beliau tidak pernah menjual jiwa dan prinsipnya kepada PM sebaliknya berpegang kepada prinsip “berani kerana benar”.

Sehubungan itu, beliau akan membuat pendedahan secara langsung menerusi media sosial berhubung kes tersebut bagi menyatakan kebenarannya.

Syed Saddiq merupakan bekas Ketua Armada Bersatu sebelum meninggalkan parti itu bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan memilih laluan sendiri dengan menubuhkan MUDA.

Beliau merupakan satu-satunya wakil parti yang belum diluluskan pendaftarannya itu dalam Parlimen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan