25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nilai semula cadangan letak Tabung Haji bawah BNM – Asyraf

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan mengkaji semula secara holistik cadangan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana mengambil kira tabiat, sifat dan model operasi TH adalah sangat berbeza dengan institusi perbankan.

Beliau berkata, meletakkan TH di bawah seliaan BNM boleh mengorbankan matlamat asal penubuhan institusi terulung umat Islam tersebut.

“Meletakkan TH di bawah seliaan BNM boleh mengorbankan matlamat asal penubuhan TH, malah boleh meleburkan keunikan dan keistimewaan institusi terulung umat Islam yang merupakan satu-satunya model perintis dan paling berjaya di dunia yang menjadi sebutan di peringkat antarabangsa.

“Kami Pemuda UMNO membuat pendirian untuk tidak bersetuju kerana isu ini harus dinilai secara holisitik dengan mengambil kira tabiat, sifat dan model operasi TH yang berbeza dengan tabiat, sifat dan model operasi institusi perbankan lain,” katanya menerusi Facebook.

ASYRAF WAJDI DUSUKI – Sumber: Facebook

Semalam, Pemuda UMNO memberikan tujuh rasional kenapa TH tidak wajar diletakkan di bawah seliaan BNM sepertimana dicadangkan oleh Kementerian Kewangan.

Ini kerana, katanya, asas penubuhan TH sebagaimana yang dimaktubkan dalam Akta Tabung Haji 1995 mempunyai dwifokus iaitu menguruskan segala aspek berkaitan operasi dan kebajikan haji dan jemaah haji serta memperkasakan ekonomi umat Islam tidak terhad kepada hanya ruang lingkup aktiviti tertentu.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau menggariskan tujuh rasional berikut:

  1. TH bukannya bank yang menjalankan aktiviti menawarkan pinjaman (credit/lending) mahupun insurans/takaful kepada orang ramai.
  2. TH bukannya terdedah kepada risiko kredit (credit risk) iaitu risiko yang terkait dengan keberangkalian peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman yang menjadi fokus utama BNM.
  3. TH bukannnya bank yang jaminan ke atas wang-wang pendeposit hanya dijamin sebanyak RM250,000 oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM), sebaliknya di bawah Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang pendeposit dijamin oleh kerajaan tanpa had.
  4. TH bukannya bank yang mana kadar hibah bank-bank dikawal selia oleh BNM supaya tidak terlalu jauh nilainya agar wujud padang yang sama rata, bagi mengelakkan pendeposit mudah berpindah dari satu bank ke bank lain. Sebaliknya TH bebas menawarkan hibah berasaskan keuntungan selepas tolak zakat selagi mana tidak melanggar akta dan dipersetujui oleh Lembaga Pengarah dan diluluskan Ketua Audit Negara.
  5. TH bukannya bank kerana aktiviti utamanya selain menguruskan hal ehwal operasi haji, TH adalah sebuah institusi yang menguruskan dana-dana pendeposit untuk dilaburkan sama ada dalam bentuk jual-beli saham/sekuriti, terlibat dalam aktivisi perkongsian dan perusahaan, ataupun dibenarkan menubuhkan anak syarikat untuk terlibat dalam pelbagai bentuk perniagaan seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak dan gas serta lain-lain.
  6. TH bukan bank yang hanya fokus aktiviti memberi pinjaman, sebaliknya terlibat dalam banyak bentuk perniagaan selaras dengan mandat Akta Tabung Haji yang jelas di luar skop kawalselia dan kepakaran Bank Negara. Sebagai contoh, BNM sebagaimana peranan bank Pusat di seluruh dunia tidak punya kepakaran mengawal selia aktiviti perniagaan selain pinjaman/insurans yang terdedah kepada pelbagai risiko lain selain risiko kredit, seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak dan gas dan lain-lain.
  7. TH adalah insitusi seperti syarikat pengurusan dana (asset management company) yang lebih sesuai dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti berbanding BNM.

Asyraf yang merupakan graduan dalam bidang kewangan Islam berkata, cadangan itu bersandarkan kepada buku-buku lama serta pakar-pakar kewangan ketika beliau belajar dahulu.

“Terpaksalah buka balik kitab-kitab lama waktu buat Master (sarjana) dalam perbankan Islam dulu, terutama topik yang menyentuh aspek peraturan dan kawal selia bank, Banking Prudential Regulation.

“Kebetulan disertasi atau kajian Master saya mengenai Regulatory Framework and Risk Exposures of Islamic Financial Institutions iaitu berkaitan dengan aspek pengurusan risiko dan rangkakerja kawal selia bank Pusat seperti BNM terhadap institusi Kewangan Islam,” katanya.

Katanya, beliau juga sempat menimba ilmu dengan sarjana besar dalam kawal selia bank dunia seperti Prof Dr Llewellyn dan Prof Dr Maxmillan Hall yang menjadi pakar rujuk kepada Bank of England, UK Financial Services Authority dan Basel Committee.

Mereka bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan berkaitan kawal selia, peraturan dan tadbir urus sebagai rujukan utama bank-bank Pusat seluruh dunia, katanya – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan