25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kena tanya Bung, Pemuda tetap kekal pendirian – Akmal

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh enggan mengulas mengenai dakwaan adanya arahan daripada Presiden UMNO agar beliau berhenti memainkan isu KK Mart.

Sebaliknya, beliau menyerahkan perkara itu kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengulasnya kerana Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu yang membuat kenyataan sedemikian.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan tetap kekal dengan pendirian untuk terus menggalakkan orang ramai memboikot rangkaian kedai serbaneka itu.

“Kena tanya Bung (Datuk Seri Bung Moktar Radin) lah, Pemuda (UMNO) tetap kekal pendirian (memboikot KK Mart),” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

ADUN Merlimau itu mengulas kenyataan Bung Moktar bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meminta agar perkara itu dihentikan dan tidak lagi dijadikan isu.

Advertisements

Dr Akmal dalam hantaran sama berkata, seorang pemimpin seharusnya membawa suara rakyat tanpa rasa gentar manakala rakyat pula telah membuat keputusan mereka tanpa sebarang paksaan.

“Pemimpin perlu membawa suara rakyat tanpa rasa gentar, rakyat sudah membuat keputusan mereka tanpa sebarang paksaan. Kekal tenang dan teruskan boikot secara aman. Kekal berprinsip,” katanya.

Dr Akmal sebelum antara pemimpin terawal yang menggerakkan kempen memboikot KK Mart sejurus mengetahui rangkaian perniagaan itu menjual stoking tertera kalimah Allah di salah satu premisnya di Bandar Sunway.

Biarpun pengasas KK Mart telah tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan berhubung insiden yang tidak disengajakan itu, namun beliau berkeras untuk terus menggerakkan kempen tersebut.

Ekoran itu, Dr Akmal dituduh membuli dan mencetuskan ektremisme sehingga berlaku serangan bola api ke atas tiga premis KK Mart di Perak, Pahang dan Sarawak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan