26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Isu caj urus kebumi mayat Covid-19, ini penjelasan HSB

Must Read

CYBERJAYA – Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) tidak terlibat dalam pengurusan pengkebumian mayat pesakit Covid-19 sepertimana didakwa.

Sebaliknya jabatan itu hanya mengendalikan urusan pengambilan jenazah daripada wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 dan bukan Covid-19 sahaja.

Ketua Pengarah HSB, Dr Kuldip Kaur berkata, pihak Jabatan Forensik hospital itu tidak terlibat sama sekali dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

“Kesemua waris perlulah berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengkebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas satu visual suara yang tular menerusi aplikasi Whatsapp baru-baru ini mengenai caj pengurusan mayat pesakit Covid-19 yang mencecah RM9,000. – Edisi 9

Tangkap layar visual yang mendakwa Hospital Sungai Buloh mengenakan caj sehingga RM9,000 untuk menguruskan pengkebumian mayat mangsa Covid-19 yang tular menerusi aplikasi Whatsapp.

Baca juga:   Kilang punca pencemaran Sungai Gong diroboh - MB Selangor

Latest News

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

SEKUMPULAN peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan dan menghantar bekalan 'raja buah'...

More Articles Like This