34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Semua PPV patuh SOP, ikut garis panduan KKM – CITF

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kesemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah memenuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, ini termasuk PPV di Pusat Konvensyen Setia City (SACC) Shah Alam, yang mana tujuh petugas sukarelawan dikesan positif wabak tersebut pada 11 Julai lalu.

CITF berkata, antara SOP tersebut adalah pengurusan PPV SCCC perlu memastikan arahan dan peraturan dalam Program Kawalan Risiko COVID-19 dipatuhi.

Antaranya, memastikan penjarakan fizikal serta memantau petugas dan sukarelawan terlibat secara berterusan jika terdapat gejala.

“Para petugas PPV SCCC juga menjalani pengukuran suhu badan sebelum mula bekerja pada setiap hari, diwajibkan memakai pelitup serta digalakkan memakai pelindung muka semasa bertugas.

“Ini adalah selari dengan SOP untuk PPV yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata badan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kata CITF, KKM juga telah menetapkan Panduan Pengudaraan Dan Kualiti Udara Dalaman Bagi Tetapan Kemudahan Penjagaan Kesihatan Dalam Tempoh Pandemik COVID-19 baru-baru ini.

Katanya, semua PPV di bawah program PICK mengikut panduan ini sebagai langkah mengurangkan risiko penularan COVID-19 melalui udara.

Sejak dibuka pada 7 Jun sehingga 17 Julai lalu, seramai 230,000 orang telah divaksin di PPV SCCC dan proses tersebut berjalan dengan lancar.

Mengenai insiden 11 Julai lalu, CITF berkata, PPV SCCC telah mengambil tindakan segera sejurus dimaklumkan tentang kes positif melibatkan tujuh petugas dengan melaporkan kepada KKM.

Advertisements

“Senarai kontak rapat juga telah dikenal pasti, diminta untuk turut melaksanakan ujian saringan dan kesemua mereka diarahkan untuk melakukan pengasingan kendiri sementara menunggu keputusan.

“Keputusan ujian saringan mendapati kesemua 11 kontak rapat adalah negatif,” katanya.

CITF berkatam memandangkan maklumat kes positif adalah sulit dan peribadi, hanya pegawai perubatan yang bertauliah dibenarkan memiliki maklumat tersebut.

Pada masa sama, katanya, SCCC tidak melarang mana-mana petugas lain untuk menjalani ujian saringan.

“Kawasan yang dikenal pasti terlibat di PPV tersebut juga telah disanitasi segera oleh pengurusan SCCC yang mempunyai keupayaan berkenaan,” tegasnya.

Berhubung dakwaan terdapat pesakit COVID-19 yang pernah hadir sebelum ini, CITF berkata, penerima vaksin dalam kalangan bekas pesakit COVID-19 yang telah melepasi tempoh kuarantin adalah dibenarkan menerima vaksinasi.

Bagaimanapun mereka perlu mengemukakan bukti surat pelepasan (Home Release Order) yang dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Daerah bagi memastikan mereka dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

Hal ini juga, tegasnya, termaktub dalam Clinical Guideline on Covid-19 Vaccination of Malaysia, 2nd Edition.

“CITF akan terus memastikan semua PPV mematuhi garis panduan yang telah disediakan serta menjalankan amalan SOP yang sepatutnya bagi memastikan tiada risiko penularan jangkitan berlaku di mana-mana PPV, pada ketika jangkitan kini menular dalam kalangan komuniti (sporadik),” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan