24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM, jemaah menteri kekal jalankan kuasa eksekutif

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan berkata, buat masa sekarang kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO awal pagi ini hanyalah merupakan kenyataan daripada parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

Advertisements

“Oleh itu, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan
kuasa eksekutif Persekutuan,” kata beliau hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengumumkan penarikan balik sokongan parti itu terhadap Muhyiddin sebagai Perdana menteri dengan serta-merta.

Pada masa yang sama, beliau juga menuntut Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk tempoh terhad.

Zahid berkata, tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan