26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 hari berturut-turut dos vaksin lebih 300,000

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin memberangsangkan apabila lebih 300,000 dos vaksin diberi selama tiga hari berturut-turut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 313,761 dos diberi pada 5 Julai lalu diikuti 330,043 dos kelmarin.

Menurut beliau, pemberian vaksin juga mencatatkan rekod tertinggi semalam dengan jumlah 375,842 dos sehari.

lebih dos vaksin
Selangor mencatatkan pemberian dos vaksin tertinggi semalam diikuti Kuala Lumpur.

“Jumlah pemberian dos sudah hampir mencapai angka 400,000 dos sehari.

“Ini satu pencapaian yang baik ke arah pencapaian imuniti kelompok di Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

vaksin
Secara keseluruhan, lebih 10 juta dos vaksin telah diberi setakat semalam.

Dr Adham menambah, jumlah penerima dos pertama adalah seramai 6,999,554 orang.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 3,036,807 orang turut menerima dos kedua.

Semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, sejumlah  14,395,330  dos vaksin COVID-19 akan diterima pada bulan ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,429,150 dos vaksin jenis Pfizer termasuk jumlah sumbangan yang diterima dari Amerika Syarikat (AS).

“Sementara itu, sejumlah 1,585,100 dos vaksin jenis AstraZeneca , penghantaran dari kilang AstraZeneca di Thailand dan sumbangan daripada Jepun.

“Manakala, sebanyak 6,381,080 dos vaksin, penghantaran daripada Pharmaniaga (Lot Release NPRA) dan sumbangan daripada China,” kata JKJAV. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan