29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

18 Ahli Parlimen PAS teguh sokong Muhyiddin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – PAS menegaskan sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, termasuk sokongan tidak berbelah bahagi daripada kesemua 18 Ahli Parlimen dari parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara.

“Khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara.

“PAS seterusnya menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam kenyataan media, hari ini.

Situasi politik di negara ini kembali panas apabila UMNO mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin dengan serta-merta.

Pengumuman itu dibuat awal pagi hari ini oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang bermula malam tadi.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, Muhyiddin dan barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Pejabat Peguam Negara menjelaskan, buat masa sekarang kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan