34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Rekod baharu, lebih 800,000 kes terkumpul jangkitan positif

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Situasi pandemik COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan di mana sebanyak 8,868 kes jangkitan positif baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah 808,658 kes terkumpul.

Sebagai perbandingan, pada 8 Julai tahun lalu, jumlah penularan kes tempatan adalah sifar.

kes terkumpul

Merujuk kepada maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau, Selangor mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 4,152 kes.

Kuala Lumpur pula mencatatkan 1,133 kes baharu hari ini diikuti Negeri Sembilan (897 kes), Perak (543 kes), Kedah (360 kes), Johor (336 kes), Sarawak (281 kes), Sabah (279 kes), Pulau Pinang (237 kes), Melaka (183 kes), Pahang (152 kes) dan Kelantan (135 kes).

Dua negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan penularan baharu bawah 100 kes iaitu Terengganu (68 kes), Labuan (64 kes), Putrajaya (47 kes) dan Perlis (1 kes).

Covid

Secara kumulatif, Selangor mencatatkan 272,993 kes, Kuala Lumpur (85,042 kes), Johor (73,722 kes), Sabah (71,468 kes), Sarawak (67,841 kes), Negeri Sembilan (50,314 kes), Pulau Pinang (36,054 kes), Kelantan (35,751 kes), Perak (28,517 kes) dan Kedah (27,421 kes).

Melaka pula mencatatkan 20,540 kes terkumpul diikuti Pahang (15,387 kes) Terengganu (11,589 kes), Labuan (8,922 kes), Putrajaya (2,495 kes) dan Perlis (602 kes).

Dalam kenyataan media hari ini, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 135 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di seluruh negara hari ini.

Kematian melibatkan 63 kes di Selangor, 24 kes di Kuala Lumpur, sembilan kes di Johor, masing-masing lapan kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing empat kes di Sarawak dan Kelantan, masing-masing tiga kes di Sabah, Pahang, dan Perak, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Putrajaya, serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Labuan.

Menurut beliau, sebanyak 77,275 kes masih aktif dan 952 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi manakala 445 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 29 kluster baharu dikesan di seluruh negara hari ini, melibatkan 19 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

kes terkumpul kluster

Secara keseluruhan, sebanyak 2,999 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,144 kluster telah tamat manakala 855 kluster masih aktif. – EDISI 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan