25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kenyataan Zahid tidak gambarkan rumusan mesyuarat MT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa kenyataan media Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid awal pagi ini, tidak menggambarkan keputusan mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Katanya, sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media kira-kira pukul 1 pagi, sejurus mesyuarat itu berakhir, beliau di hubungi beberapa ahli MKT.

“Kebanyakan mereka menyatakan kenyataan media Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MKT.

“Tinjauan lanjut menyatakan  apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang telah di siapkan lebih awal,sebelum MKT bermesyuarat.

“Jika benar,ternyata sekali lagi MKT dipermainkan,dan ini amat serius,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, apabila menjenguk kumpulan WhatsApp Ketua-Ketua UMNO Bahagian (KUB) pula,ramai yang mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden UMNO.

Advertisements

“Terdapat juga KUB yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden UMNO tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT.

“Mengapakah ini terus terjadi berkali- kali.Lain dibincang,lain pula di rumuskan,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu turut memaklumkan, seramai 25 ahli MKT telah bercakap,dalam suasana yang agak tenang dan jujur memberi pendapat.

“Jelas banyak pendapat yang berbeza.Tiada konsensus yang ketara. Tiada undian dibuat. Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada UMNO perlu keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN), seperti yang dimomokkan sebelum ini,termasuk pendirian yang di pohon dari pertemuan secara berasingan dengan ahli MKT.

“Dalam kata lain, Presiden UMNO wajib menjelaskan kedudukan sebenar. Segera keluar kenyataan yang benar. Lambat laun,kedudukan sebenar akan terserlah jua.Tak baik bagi parti kita,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan