25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Fokus utama negara urus pandemik COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – PAS konsisten menyeru pemimpin dan rakyat meletakkan fokus utama negara untuk menguruskan pandemik COVID-19 ketika ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penumpuan yang sepenuhnya mesti diberikan bagi menjaga nyawa dan kelangsungan hidup rakyat.

Bahkan katanya, adalah wajib tolong-menolong tanpa mengira perbezaan agama, dan bangsa.

“PAS juga menyeru rakyat keseluruhannya mesti bersama-sama mendukung Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Semoga Allah SWT memberi tautan hati dan tindakan buat seluruh pemimpin, parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia seterusnya mengangkat wabak COVID-19 dari negara kita,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Situasi politik di negara ini kembali panas apabila UMNO mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta-merta.

Pengumuman itu dibuat awal pagi hari ini oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang bermula malam tadi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri mulai semalam.

“Pelantikan ini juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN),” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan