32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MOF sahkan kemuka saman 44 rakan kongsi KPMG

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengesahkan telah mengemukakan saman terhadap firma perakuanan, KPMG PLT.

Menurut jurucakap MOF, writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG pada 6 Julai lalu.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia, Menteri Kewangan Inc (MoF Inc), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikat 1MDB merupakan plaintif dalam perkara ini.

“Tuntutan tersebut berkaitan dengan kerja-kerja audit 1MDB oleh KPMG bagi tahun 2010 hingga 2012.

“Oleh kerana kes ini sudahpun difailkan di mahkamah, MOF tidak dapat memberikan komen lebih lanjut bagi mengakuri peraturan subjudis,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sebuah media tempatan hari ini melaporkan kerajaan Malaysia, MoF Inc, 1MDB dan pelbagai anak syarikat telah mengemukakan saman sebanyak AS$5.64 bilion terhadap 44 rakan kongsi KPMG Malaysia semasa firma itu menjadi juruaudit 1MDB.

Dalam tuntutan itu, KPMG didakwa melanggar kontrak dan kecuaian dalam audit dan perakuan penyata kewangan 1MDB untuk tahun kewangan 31 Mac 2010, 2011 dan 2012.

KPMG dipecat sebagai juruaudit setelah enggan melepaskan akaun tahun kewangan 2013.

Selain 1MDB, Kerajaan Malaysia dan MoF Inc, turut terlibat dalam tindakan itu adalah 1MDB Energy Holdings Ltd (1MEHL), 1MDB Energy Ltd (1MEL), 1MDB Energy (Langat) Ltd (1MELL), dan Global Diversified Investment Company Ltd, yang sebelumnya dikenali sebagai 1MDB Global Syarikat Pelaburan Ltd.

Tetuan Shearn Delamore mengemukakan penyataan tuntutan setebal 148 halaman bagi pihak mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan