25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tengku Zafrul dilantik Menteri Penyelaras PPN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jemaah menteri bersetuju melantik Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan strategi dan bantuan. 

Pejabat Perdana Menteri berkata, ia  juga bertanggungjawab  mengambil langkah intervensi yang proaktif dan bersesuaian dengan situasi pandemik Covid-19 yang sangat dinamik.

“Kerajaan amat memahami kesulitan rakyat ketika ini dan cabaran- cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk memulihkan negara daripada pandemik Covid-19.

“Justeru kerajaan akan terus memastikan segala tindakan dalam menjayakan PPN akan mengutamakan kebajikan rakyat dan bersifat telus serta inklusif,” kata pejabat itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, bagi memastikan kelancaran pelan pemulihan itu, agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Nasional (LAKSANA) di bawah Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai Sekretariat kepada JKKPPN untuk menyelaraskan usaha-usaha Kementerian serta Agensi yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aspek berkaitan PPN.

Sementara itu mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bersetuju memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pakar-pakar kesihatan, ekonomi dan sosial dalam usaha memastikan Malaysia mampu keluar daripada kemelut Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas dan menilai secara berterusan keberkesanan tindakan kesihatan awam yang sedang dilaksanakan, strategi pengurusan pesakit di hospital dan juga strategi pemberian vaksin kepada populasi di Malaysia.

“Penglibatan kumpulan profesional, terutamanya pakar-pakar kesihatan awam dan ekonomi, dalam pengurusan pandemik Covid-19 di dalam negara adalah usaha berterusan kerajaan bagi memastikan strategi pengurusan pandemik berada di landasan betul,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.Adham Baba.

Turut serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan