30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hutang: Peneroka Felda Kepis hargai bantuan PM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tiada apa yang dapat digambar oleh para peneroka Felda Kepis, Kuala Pilah, Negeri Sembilan melahirkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana atas keprihatinan Perdana Menteri, bebanan hutang yang ditanggung peneroka selama ini dapat dikurangkan berikutan pelarasan pinjaman peneroka sepertimana diumumkan sempena sambutan Hari Peneroka Felda 7 Julai lalu.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan berkata, bantuan tersebut merupa satu kejutan istimewa dan amat dihargai oleh seluruh warga peneroka.

“Terima kasih kepada kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin yang prihatin dengan bebanan hutang peneroka.

“Bantuan ini adalah satu kejutan istimewa dan amat dihargai oleh seluruh warga peneroka,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau sebelum itu menyaksikan para peneroka Felda Kepis menandatangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat di Felda tersebut.

Di bawah pelarasan pinjaman tersebut, bebanan pinjaman peneroka berkurang sebanyak purata 80 peratus dan berbaki 20 peratus diteruskan pembayaran oleh peneroka.

Ketika merasmikan Hari Peneroka Felda 2021, Muhyiddin menyampaikan khabar gembira kepada para peneroka Felda apabila kerajaan bersetuju membantu melupuskan sebahagian hutang pinjaman legasi mereka berjumlah RM8.3 bilion.

Perdana Menteri berkata, pelarasan bersyarat itu merangkumi penyelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion yang memberi manfaat kepada 92,441 peneroka atau 82 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka di seluruh negara.

Selain itu, ia juga merangkumi pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM168 juta melibatkan 53,180 peneroka atau 46 peratus daripada jumlah peneroka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan