28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Bursa Komoditi Izmir, Turki bantu promosi sawit Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjalinkan kerjasama dengan Bursa Komoditi Izmir, Turki bagi mempertingkatkan promosi dan maklumat sawit keluaran negara ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia hasil perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak di Izmir, Turki hari ini.

Menurut beliau, melalui MoU itu, Bursa Komoditi Izmir yang diasaskan pada 1891 melalui cabang pendidikannya, Akademi Bursa Izmir (IBA) akan bekerjasama dalam bidang pendidikan, promosi dan penggunaan minyak sawit Malaysia serta Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“MPOC dan IBA sepakat untuk berkolaborasi melalui pelbagai projek merangkumi perkongsian maklumat perniagaan dan teknikal, peningkatan kesedaran, pensijilan dan aktiviti promosi bersama.

“Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik yang mampu meningkatkan pembangunan industri sawit Malaysia dan penguasaan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam majlis itu, MPOC diwakili Pengurus Pembangunan Pasaran dan Pemasaran, Muhammad Kharibi Zainal Ariffin manakala Bursa Komoditi Izmir diwakili Presiden Lembaga Eksekutifnya, Isinsu Kestelli.

Baca juga:   PKP: Tiada solat fardu, Jumaat di surau, masjid

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mad Zaidi Mohd Karli.

Khairuddin Aman Razali menyampaikan ucapan di Izmir, Turki, hari ini.

Khairuddin berkata, di bawah kerjasama itu juga, IBA bersetuju menyelaraskan biasiswa kepada wakil, pelajar dan ahli akademik untuk latihan di bawah kajian lapangan IBA dan Malaysia.

Baca juga:   Suami isteri warga emas ditahan, dadah RM1.25 juta dirampas

Katanya, IBA juga akan membantu MPOC melaksanakan kempen penerangan kepada rakyat Turki mengenai faedah pemakanan dan kesihatan minyak sawit Malaysia selain meningkatkan pemahaman serta menjelaskan kelebihan khasiatnya.

“Persetujuan persefahaman turut dicapai untuk merancakkan lagi Program Kesedaran Perdagangan Minyak Sawit (POTAP) antara kedua-dua pihak untuk memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai industri minyak sawit Malaysia dan faedahnya.

“Kedua-dua agensi akan memperincikan program berkenaan melalui perjanjian berasingan yang akan diteliti dan ditentukan kemudian,” kata beliau.

Malaysia dan Turki menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun 2015 menjadikan eksport minyak sawit Malaysia meningkat kepada lebih dari 600,000 tan setiap tahun berbanding sebelum FTA iaitu kurang 100,000 tan setahun.

Pada tahun 2020, Turki mengimport 615,872 tan minyak sawit Malaysia iaitu lebih 90 peratus daripada jumlah import minyak sawit Turki.

“KPPK berharap melalui memorandum ini, manfaat dan kefahamanminyak sawit negara dapat dipertingkatkan ke Turki seterusnya menjadi gerbang kepada eksport produk-produk sawit Malaysia keEropah,” kata beliau. – Edisi 9

Baca juga:   Ahli Parlimen diminta bantu KKM lulus pindaan Akta 342

Wartawan

Terkini

14 akta diluluskan Parlimen dapat perkenan Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022...

Lagi Artikel Berkaitan