26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Lupakan soal PM sementara, sama-sama bantu rakyat

Must Read

Editor
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang

Semua parti politik baik yang berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun di luar kerajaan, berhentilah bercakap soal Perdana Menteri sementara.

Dalam keadaan perut rakyat yang semakin lapar, ekonomi yang terus ditahap paling parah, kes-kes harian Covid-19 yang tak kunjung surut, ahli-ahli politik berhentilah bercakaran soal jawatan Perdana Menteri.

Rakyat sudah semakin bosan, muak dan mual dengan keletah dan kerenah sesetengah pemimpin politik yang tidak jemu-jemu mengganggu gugat Perdana Menteri sedia ada, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menangani pandemik Covid-19 bukan suatu hal yang mudah, apatah lagi ia tidak pernah berlaku dalam sejarah moden dunia. Justeru, segala langkah yang diambil sudah tentu ada yang berjaya dan ada yang tidak.

Saya percaya tidak ada mana-mana kerajaan mahu membiarkan rakyat mereka dalam kelaparan, ekonomi negara terus memburuk. Begitu juga kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Baca juga:   38 premis langgar SOP diarah tutup semalam

Seharusnya semua pihak berganding bahu menggembleng tenaga bersama kerajaan untuk menghadapi pandemik Covid-19 yang kini sudah memasuki setahun setengah.

Saya percaya, keputusan Muhyiddin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu langkah yang tepat bagi mengimbangi keputusan kerajaan yang selama ini dilihat dikuasai oleh sesetengah menteri (walaupun realitinya tidak).

Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO sudah tentu boleh membawa segala pandangan dan suara daripada UMNO, ke dalam Kabinet untuk dibincang baik buruknya — yang sebelum ini sering dituduh tidak diambil peduli oleh kerajaan.

Baca juga:   JDT perluas jenama, lancar pasukan hoki ais

Jika sebelum ini Menteri Pertahanan yang bertindak sebagai Menteri Kanan Keselamatan didakwa ‘mengalah’ dengan seorang menteri kanan yang lebih kanan, namun dengan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah tentu beliau mempunyai banyak kelebihan.

Yelah, takkan jika Timbalan Perdana Menteri menutup pintu hadapan, ada menteri lain yang berani membuka pintu belakang pula. Sudah tentu Kabinet negara ada hirarkinya dan ia perlulah dihormati.

Justeru, saya yakin ketegasan dan keberanian Ismail Sabri boleh memainkan penting bagi kerajaan membuat keputusan yang lebih tepat bagi menangani pandemik Covid-19 dan isu-isu yang membelenggu rakyat.

Menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri bukanlah jalan terbaik untuk mengeluarkan negara dari belenggu pandemik Covid-19.

Baca juga:   Tidak perlu pertaruh semuanya untuk ke Putrajaya - MP pembangkang

Melantik seorang Perdana Menteri sementara juga bukan jalan penyelesaian yang terbaik kerana penulis percaya menyelesaikan isu rakyat dan ekonomi ketika pandemik Covid-19 tak semudah membalikkan telapak tangan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Di luar kerajaan, siapa sahaja boleh bersuara, memberikan pandangan dan mengkritik namun percayalah jika mereka berada dalam kerajaan hari ini, melihat sendiri keadaan kewangan negara dan lain-lain, Perdana Menteri sementara yang dilantik itupun belum tentu dapat menyelesaikan isu negara dalam sekelip mata.

Buktinya sebelum ini apabila Pakatan Harapan (PH) begitu lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memberikan janji yang muluk-muluk di hadapan rakyat konon merekalah yang dapat menyelamatkan negara.

Baca juga:   Noor Hisham sudah buat yang terbaik, tak timbul soal takut mati

Namun realitinya apabila kuasa diberikan, corak pentadbiran mereka jauh lebih buruk dan segala janji yang ditabur kepada rakyat gagal dilaksanakan.

Bercakap semua orang boleh bercakap, namun jika berhadapan dengan keadaan sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka.

Justeru, langkah terbaik ialah bersama-sama membantu menangani pandemik Covid-19 bersama kerajaan sedia ada dan jangan hanya mencari kesalahan.

Andai kita mencari salah, sudah tentu kita akan menemuinya tetapi jika kebenaran yang dicari, sudah tentu kelemahan sana-sini dapat kita terima dan fahami.

PENGUNDI ATAS PAGAR
Ampang, Selangor

E-melkan keluhan, pandangan, kritikan dan aduan anda kepada kami menerusi [email protected]

Baca juga:   Nak buat usul tak percaya ke atas Muhyiddin, lepas tu siapa PM?

Latest News

67.61 peratus guru sudah divaksin – Radzi

CYBERJAYA - Sebanyak 67.61 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19...

More Articles Like This