36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Peningkatan kes Covid-19 telah dijangka – Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pertambahan jumlah kes Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur telah dijangka berikutan peningkatan saringan bertumpu yang giat dijalankan di kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan saringan di kilang-kilang.

Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini di Selangor menghampiri 5,000 kes apabila sebanyak 4,400 kes lagi dicatatkan dan diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes manakala Negeri Sembilan (899 kes) menjadikan kes harian keseluruhannya mencecah 9,180 kes.

Kes harian yang melonjak naik itu sekaligus merupakan yang tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara dengan membabitkan jumlah kes positif sebanyak 817,838 kes.

Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga merekodkan peningkatan melebihi 80,000 dengan 80,665 kes termasuk 959 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 465 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, didapati terdapat ramai individu di kawasan Lembah Klang yang tampil sendiri ke klinik swasta untuk menjalani ujian COVID-19. 

“Mereka adalah di kalangan yang berisiko tinggi misalnya yang bergejala atau kontak rapat. Situasi peningkatan kes di Selangor dan Kuala Lumpur telahpun dijangka KKM berikutan langkah yang dibuat.

“Sehubungan dengan itu, KKM akan terus menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat dan tindakan pengasingan kes positif COVID-19 bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, terdapat 30 kluster baharu dikenal pasti melibatkan 21 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain. 

“Kluster tersebut ialah Kluster Batu Lapan Bakri (33 kes), Kluster Jalan Bukit Bakri (11 kes), Kluster Jalan Haji Jaib (12 kes), Kluster Jalan Duku Kiri (tujuh kes), Kluster Jalan Sri Plentong Tiga (sembilan kes) dan Kluster Persiaran Agas (18 kes).

“Kluster lain ialah Kluster Industri Jalan Kusta (18 kes), Kluster Zone T Selatan (55 kes), Kluster Industri Jalan Telok Gong (46 kes), Kluster Industri Nakhoda (lapan kes), Kluster Industri Jalan Satu Selesa Jaya (14 kes), Kluster Industri Jalan Gombak Batu 11 (31 kes), Kluster Jalan Ipoh Kecil (13 kes) dan Kluster Jalan Matang (22 kes). 

“Selain itu, Kluster Tapak Bina Jalan Khoo Teik Ee (119 kes), Kluster Taman Merdeka Permai (21 kes), Kluster Taman Cempaka (23 kes), Kluster Jalan Saw Ah Choy (23 kes), Kluster Jalan Seramik Chepor 11/1 (20 kes), Kluster Tapak Bina Bidara (75 kes), Kluster Jalan Pasar Basah Mukah (32 kes) dan Kluster Taman Bismi Rahmat (13 kes).

“Selebihnya ialah Kampung Bunut Satut (sembilan kes), Kluster Kampung Gelugor (15 kes), Kluster Sawit Segama (15 kes), Kluster Benteng Sri Aman (38 kes), Kluster Tembok Miri (59 kes), Kluster Pagar Taman IKS (51 kes), Kluster Sungai Jelai Kuala Lipis (16 kes) dan Kluster Jalan Desa Putera (14 kes),”katanya.    

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 77 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 28 kes di Selangor, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sembilan (9) kes di Melaka.

“Selain itu, lima kes masing-masing di Johor dan Negeri Sembilan, empat kes di Pahang, tiga kes di Sarawak, dua kes masing-masing di Perak dan Terengganu, serta satu kes di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, data terkini nilai RT kelmarin adalah sebanyak 1.09 dan negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya  dengan nilai RT 1.28. 

“Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Perak (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.10), Kedah (nilai RT 1.08), Sabah (nilai RT 1.07), Pulau Pinang (1.07), Melaka (nilai RT 1.06), Terengganu (nilai RT 1.04), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.02),” katanya.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan