24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes baharu 9,180 dengan Lembah Klang sahaja lebih 6,000

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencecah 9,180 kes sekaligus merekodkan kes tertinggi dengan Lembah Klang sahaja menyumbang lebih 6,000 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor hari ini merekodkan 4,400 kes sementara Kuala Lumpur sebanyak 1,271 kes.

Peningkatan kes Covid-19 dikatakan berpunca Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor bagi membendung penularan wabak tersebut.

Beliau berkata, jumlah kes hari ini tertinggi pernah dicatatkan berikutan ujian saringan bersasar di kawasan berisiko dan PKPD telah dipertingkatkan.

“Kebanyakan kes adalah kategori 1 dan 2, mereka telah diasingkan untuk pemantauan,” katanya melalui akaun Twitternya hari ini.

Advertisements

Semalam, Noor Hisham menjangkakan jumlah harian Covid-19 akan meningkat memandangkan pihaknya mempertingkatkan pelaksanaan aktiviti kesihatan awam di kawasan PKPD.

Ini termasuk aktiviti pengesanan kontak rapat serta saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes Covid-19.

“Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti,” katanya 

Bagaimanapun negeri-negeri lain mencatatkan kes baharu di bawah 500 iaitu Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323), Johor (315), Perak (241), Melaka (222), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), WP Labuan (80), WP Putrajaya (16) dan Perlis (1). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan