26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 20, 2021

Hari ketiga kes positif baharu COVID-19 lebih 9,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian COVID-19 masih melebihi angka 9,000 bagi tiga hari berturut-turut dengan 9,105 kes dilaporkan hari ini,menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 mencecah 836,296 kes.

Selangor terus mencatatkan angka kes baharu tertinggi dan melebihi angka 4,000 dengan 4,682 kes dilaporkan diikuti, Kuala Lumpur dengan 1,247 kes.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan menunjukkan sedikit penurunan kes baharu dengan 541 kes dilaporkan berbanding 638 kes sebelum ini. 

Pesakit aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga terus meningkat kepada 87,841 kes melibatkan 961 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 455 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 19 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. 

“Kluster tersebut ialah Kluster Industri Jalan Rukun (75 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Thean Teik (47 kes), Kluster Jalan Cengal (45 kes), Kluster Industri Jalan Subang 13 (29 kes), Kluster Jalan Industri Dua Rawang (27 kes) dan Kluster Kampung Perangkap (24 kes). 

Baca juga:   10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan

“Selain itu, Kluster Cahaya Yong Peng (19 kes), Kluster Kayu Patikang (19 kes), Kluster Jalan Pantai Baharu (17 kes), Kluster Jalan Sri Hartamas Satu (17 kes), Kluster Tapak Bina Solar Beriah (16 kes), Kluster Jalan Dedap 13 (12 kes) dan Kluster Bandar Baru Tunjong (enam kes). 

Baca juga:   Pelajar UiTM raih tempat pertama peperiksaan perakaunan dunia

“Selebihnya ialah Kluster Batu Muda (197 kes), Kluster Kampung Padang Balang (79 kes), Kluster Taman Koperasi Polis (67 kes), Kluster Melor Intan (21 kes), Kluster Jalan Mawar Belitong (12 kes) dan Kluster Jalan Awan Cempaka (21 kes),” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, berkenaan dengan kadar kebolehjangkitan negara, Dr Noor Hisham berkata kelmarin nilai RT Malaysia mencatatkan sebanyak 1.13 dengan negeri tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.20).

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Kuala Lumpur (nilai RT 1.18), Selangor (nilai RT 1.17), Melaka (nilai RT 1.17), Kedah (nilai RT 1.14) dan Perak (nilai RT 1.11).

“Lain-lain, Pahang (nilai RT 1.09), Sabah (nilai RT 1.08), Terengganu (nilai RT 1.08), Negeri Sembilan (nilai RT 1.02), Pulau Pinang (nilai RT 1.00) dan Johor (nilai RT 1.00),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 91 kes kematian COVID-19 dilaporkan pada hari ini yang turut melibatkan lima warga asing.

Baca juga:   19,740 kes baharu harian COVID-19, 274 kes kematian

“Kesemua kes kematian tersebut melibatkan usia antara 24 hingga 92 tahun,”katanya. – Edisi 9

Terkini

1,365 tambahan dos penggalak diberikan setakat semalam

SEBANYAK 1,365 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar dengan jumlah kumulatif terkini mencecah 32,121 berdasarkan data menerusi...

Lagi Artikel Berkaitan