28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Lawatan PM bukan punca HTAR pindah asrama doktor pelatih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang memaklumkan, lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bukan punca asrama doktor pelatih dipindahkan ke blok lain.

Pengarahnya,  Dr. Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pemindahan doktor pelatih HTAR dari asrama berkenaan ke bangunan asrama pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan Blok A, B dan C asrama doktor pelatih.

Katanya, Blok D asrama telah digunakan sebagai Pusat Saringan COVID (PSC) sejak April lalu.

Menurut beliau, notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B asrama doktor pelatih supaya berpindah dalam tempoh empat hari mulai 9 Julai lalu ke asrama pelajar Perubatan UM yang lebih selesa.

“Sehubungan itu, penghuni yang menempatkan 10 doktor pelatih wanita dan Blok B (dua doktor pelatih lelaki) akan dipindahkan ke asrama baharu terbabit selepas kerja – kerja penyelenggaraan dibuat di Blok B asrama pelajar perubatan UM Blok dan Blok E asrama pelajar perubatan UM.

“Selepas semua pemindahan doktor pelatih ke asrama pelajar perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai lalu, fungsi Blok A dan B asrama doktor pelatih HTAR telah ditukarkan kepada wad COVID-19 berisiko rendah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian, bagi memperjelaskan isu tersebut yang tular di media sosial berkaitan doktor pelatih HTAR yang diarah untuk berpindah dari asrama doktor pelatih.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 pada 8 Julai lalu.

“Manakala, pada 9 Julai, Kompleks Rawatan Harian (ACC) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad merawat pesakit COVID-19 bagi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa.

“Kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ke wad COVID-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad, dan ia bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma,” katanya.

Menurut beliau, trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 sehingga 180 pesakit.

“Justeru, kenyataan yang telah tular mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma telah ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit.

“Manakala, pesakit yang masih belum menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma setakat semalam adalah seramai 177 orang,” katanya.

Jelas beliau, pemindahan pesakit COVID-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai wad COVID-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi pengurusan bencana peringkat hospital. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan