31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 turun lebih 50% di HTAR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SHAH ALAM – Jumlah kemasukan harian pesakit COVID -19 bagi menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang semakin berkurangan dengan lebih 50 peratus dilaporkan sejak seminggu lalu.

Memetik laporan Bernama, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, sebelum ini pihaknya menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun jumlahnya semakin menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini

“Pesakit COVID -19 yang kini menerima rawatan di hospital berkurangan daripada lebih 1,000 pesakit dengan kemuncaknya pada Julai lepas.

“Setakat 1 tengah hari tadi, pesakit sedia ada tidak sampai 900 orang.’Gelombang’ kemasukan pesakit di HTAR ini berlaku pada awal Julai sehingga pertengahan bulan lepas.

“Alhamdulillah kini jumlah (kemasukan pesakit) turun sejak minggu lepas. Dengan perubahan ini, secara tidak langsung berlaku penurunan kepada pesakit kategori tiga ke atas untuk dimasukkan ke dalam wad,” katanya.

Baca juga:   Lapor pejabat agama jika ada pendakwah luar negara meragukan

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media berhubung keadaan semasa di HTAR berikutan berlaku trend penurunan kemasukan pesakit COVID -19 sejak sebulan lepas dan paling ketara di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu lalu.

Dalam pada itu, Dr Zulkarnain menjelaskan penurunan kes kemasukan pesakit itu membuktikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mula membuahkan hasil dan keadaan di hospital berkenaan juga dalam situasi terkawal.

Katanya, sehingga 1 tengah hari semalam, pengisian katil bagi unit rawatan rapi (ICU) pesakit COVID-19 adalah sekitar 92 peratus. – Edisi 9

Baca juga:   Vaksinasi harian lebih 420,000 dos, PICK berjalan lancar

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan