32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

43 lagi kes varian Delta dikesan – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 43 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan di negara ini yang kesemuanya melibatkan Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, virus tersebut dikesan menerusi kajian berterusan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bermula 10 Ogos lalu sehingga hari ini.

“Ia membabitkan, Selangor dengan 38 kes serta Kuala Lumpur dengan lima kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 710 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Mengikut pecahan negeri kes positif VOC dan VOI, Sarawak merekodkan angka tertinggi dengan 333 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 126 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 32 kes.

Seterusnya, Johor (29 kes), Kelantan (28 kes), Kedah (27 kes), Pahang (21 kes), Perak (20 kes), Terengganu (16 kes), Melaka (15 kes) dan Labuan (14 kes).

Lain-lain, Negeri Sembilan (12 kes), Sabah (11 kes), Putrajaya dan Pulau Pinang (masing-masing sembilan kes) dan Perlis (lapan kes). – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan