27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

Kerajaan ‘caretaker’ terus laksana program, dasar sedia ada

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan caretaker (sementara) akan terus melaksanakan program dan dasar sedia ada bagi menjalankan urusan pentadbiran kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut beliau, ini termasuk peruntukan kewangan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan juga bantuan lain yang telah ditetapkan sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Beliau berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan caretaker tetapi fungsi dan peranan berkenaan boleh dilandaskan kepada konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel lain.

“Kerajaan caretaker hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk. Dalam hal ini, kerajaan caretaker boleh mengambil tindakan menjalankan urusan pentadbiran kerajaan, namun ia tidak boleh membuat sebarang keputusan dan dasar yang boleh mengikat.

“Selain itu, kerajaan caretaker tidak boleh mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan itu perlu dilaksanakan demi kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kartel tender kerajaan: KSN kesal, ambil tindakan tegas

Mohd Zuki berkata, kerajaan caretaker boleh mengambil tindakan seperti menjalankan tugasan rasmi rutin termasuk menjalankan kuasa diberi mengikut undang-undang bagi memastikan jentera kerajaan berfungsi dan mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan.

Menurutnya, kerajaan caretaker juga dibolehkan membuat sebarang perjanjian, kontrak dan aku janji dasarnya diluluskan kerajaan atau peruntukan mengenainya sudah diluluskan Parlimen seperti belanjawan tahun semasa dan mengadakan serta menghadiri majlis rasmi dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan.

Baca juga:   'Saya tahu tidak cukup, tetapi saya cuba bantu'

Terdahulu, Mohd Zuki berkata, susulan peletakan jawatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong berkenan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Dalam menjalankan tugas ini, Perdana Menteri caretaker turut menjalankan fungsi sebagai kerajaan caretaker,” katanya.

Semalam, Muhyiddin membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemilik, tekong, kru warga asing didenda RM5,000

MAHKAMAH Majistret Kuala Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 kepada pemilik bot nelayan kelas C bernombor...

Lagi Artikel Berkaitan