30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Menyamar NGO perdaya warga emas, Geng Merry tumpas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Taktik licik tiga wanita memperdaya warga emas dengan menyamar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Sentul, Kuala Lumpur berjaya dibongkar dan ditumpaskan polis.

Kesemua suspek Geng Merry berkenaan yang berusia 23 hingga 43 tahun itu ditangkap polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dalam dua tangkapan berasingan pada hari ini dan Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, polis menerima laporan pada jam 2.30 petang, 9 Ogos lalu berhubung kejadian kecurian dalam rumah di kediaman seorang wanita warga emas berusia 82 tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri yang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM8,000.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket ini didalangi oleh dua wanita yang menyamar sebagai anggota NGO kebajikan yang datang untuk menyerahkan bantuan.

Baca juga:   468 kes bunuh diri Januari-Mei 2021, Selangor tertinggi

“Semasa urusan penyerahan sumbangan dilakukan, salah seorang suspek menyelinap masuk ke dalam bilik tidur untuk mencuri barang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, sindiket berkenaan menyasarkan golongan warga emas yang tinggal bersendirian. Menurutnya, susulan kejadian tersebut, polis telah menahan dua suspek berusia 23 dan 43 tahun, Sabtu lalu, serta merampas 17 bungkus makanan pelbagai jenis dan jenama, empat telefon bimbit dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

“Seorang lagi suspek wanita berusia 23 tahun ditahan hari ini di mana mereka mengaku terbabit dalam kejadian terbabit.

Baca juga:   Kantoi tanam ganja dalam kebun sayur

“Suspek utama berusia 43 tahun mempunyai 12 rekod kesalahan jenayah lampau manakala rakannya mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah termasuk kes pecah rumah dan curi dalam bangunan,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman di IPD Sentul bagi membantu siasatan lanjut.

“Susulan operasi yang dijalankan ini, polis Sentul berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian dalam bangunan yang dilaporkan di sekitar kawasan Jinjang pada tahun ini,” katanya.

Eng Lai menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan sekiranya didatangi individu yang menyamar sebagai wakil NGO kebajikan.

-EDISI9

Terkini

MySejahtera: Lebih 250,000 individu disaring untuk penyakit tidak berjangkit

SERAMAI 252,767 individu disaring untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh negara setakat semalam berdasarkan jumlah saringan yang direkodkan...

Lagi Artikel Berkaitan