30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

19,631 kes harian baharu, Labuan sifar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 19,631 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,444,270 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitter berkata, Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan sebanyak 5,753 kes dilaporkan hari ini.

“Diikuti, oleh Sabah sebanyak 2,103 kes dan Kedah sebanyak 1,863 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (1,765 kes), Johor (1,309 kes), Pulau Pinang (1,275 kes), Kelantan (1,268 kes), Perak (1,101 kes), Sarawak (835 kes),Negeri Sembilan (490 kes), Pahang (670 kes), Melaka (623 kes) dan Terengganu (498 kes).

“Putrajaya (41 kes), Perlis (37 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Labuan,”katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, negara merekodkan kes kematian COVID-19 melepasi 13,000 dengan 13,077 kes semalam, iaitu pertambahan sebanyak 293 kes kematian melibatkan 251 warga Malaysia dan 42 warga asing.

“Kes kematian baharu itu terdiri daripada 162 lelaki dan 131 wanita dengan 44 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), manakala sebanyak 249 kes mempunyai sejarah penyakit.

“Dalam pada itu, pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan mencatatkan peningkatan melepasi 250,000 dengan 252,147 kes dilaporkan.

Baca juga:   Da'i Syed bebas daripada dua tuduhan jenayah seksual

“Ia termasuk 1,054 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 525 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, 16,468 kes sembuh dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan kenyataan media di sini.

Baca juga:   6,060 kes baharu harian COVID-19 dilaporkan

Di samping itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 305 kes (1.6 peratus) daripada jumlah kes hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 19,326 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 16,638 kes (84.75 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sehubungan dengan itu, dapatkan vaksin COVID -19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

“Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan di dalam negara, terutamanya kes di kategori tiga hingga lima,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak 78 kes kategori lima dengan 63 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan sebanyak 60 kes kategori empat dengan 49 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Kategori tiga dengan 167 kes iaitu 140 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, sebanyak 9,975 kes kategori dua dengan 8,362 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 9,351 kes kategori satu dengan 8,024 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,”katanya.

Baca juga:   5,291 kes baharu hari ini - Dr Noor Hisham

Beliau menambah, sebanyak 39 kluster baharu lagi dikenal pasti hari ini terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.-Edisi 9

Baca juga:   MQA bantu kerajaan capai imuniti kelompok

Terkini

Tolak bajet sama seperti tarik sokongan terhadap PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan mana-mana pihak menolak Bajet 2023 boleh dianggap seperti...

Lagi Artikel Berkaitan