25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

KJ dengar luahan doktor pelatih sebelum pukul 6 pagi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin pagi tadi sempat meluangkan masa bertemu doktor pelatih di Hospital Selayang bagi mendengar pengalaman serta luahan hati mereka.

Khairy menerusi ciapan di Twitter memaklumkan banyak perkara diluahkan oleh doktor pelatih terbabit sebelum memulakan tugas jam 6 pagi tadi.

“Mendengar pengalaman doktor pelatih pagi ini sebelum mereka memulakan ’rounds’ mereka pada jam 6 pagi di Hospital Selayang.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘work environment’ (persekitaran kerja) yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” kongsinya.

Khairy juga menekankan persekitaran di tempat kerja mesti mempunyai rasa hormat, sokongan dan pemerkasaan.

“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital2 @KKMPutrajaya. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain.

Advertisements

“Work environment (persekitaran tempat kerja) mesti ada respect , support & empowering (hormat, sokong, pemerkasaan). Bukan abusive & humiliating (hina dan memalukan),” katanya.

Khairy turut memaklumkan akan mengumumkan ahli jawatankuasa petugas bebas yang diberi masa dua bulan untuk menyiasat kes buli kalangan doktor pelatih petang ini.

“Petang nanti saya umumkan anggota pasukan petugas bebas yang diberi masa dua bulan untuk siasat budaya kerja di hospital-hospital @KKMPutrajaya dan isu buli dan membuat syor untuk memperbaiki keadaan ‘work culture’ KKM,” katanya.

Sebelum ini, Khairy mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut bertindak untuk meneliti dakwaan budaya buli yang berlaku antara doktor dan doktor pelatih di hospital awam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan