23.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

424,541 dos vaksin COVID-19 direkodkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 424,541 dos vaksin telah diberikan  kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 260,286 adalah penerima dos pertama manakala 164,255 individu lagi telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Secara keseluruhannya, jumlah pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam adalah 12,212,730,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini. 

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos harian tertinggi ialah Selangor dengan 98,340 orang, diikuti Sarawak (79,932), Kuala Lumpur (70,951), Johor (23,026) dan Kedah (19,228).

Sejumlah 4,182,782 pemberian dos diterima bagi Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, setakat ini.

Ia membabitkan sebanyak 3,198,151 bagi dos pertama, manakala 984,631 dos kedua.

Baca juga:   22,948 kes baharu COVID-19, 42 kluster lagi dikenal pasti

Jumlah itu digabungkan menerusi data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bagi menunjukkan liputan sekitar Lembah Klang.

Sementara, peratusan pemberian vaksin kepada penerima dewasa bagi dos pertama pula adalah sebanyak 51.9 peratus dan dos kedua sebanyak 16.0 peratus.

Walaupun jumlah vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus meningkat, jumlah kes harian tetap terus melonjak tinggi dengan kes jangkitan baharu COVID-19.

Semalam sahaja, kes harian COVID-19 mencatatkan  jumlah 11,079 kes, yang merupakan rekod tertinggi sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu.

Baca juga:   Pengeluaran i-Citra RM5,000, moratorium pinjaman 6 bulan

Rekod tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 9,353 kes yang dilaporkan pada 19 Julai lalu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 855,949 kes COVID-19 telah direkodkan di negara setakat ini.- Edisi 9

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan