25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Konsolidasi dilaksana perkukuh kedudukan fiskal – Tengku Zafrul

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan langkah konsolidasi dan pengukuhan kedudukan fiskal apabila ekonomi ekonomi kembali pulih selepas mengharungi pandemik COVID-19 yang panjang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini termasuk memperluaskan asas hasil, mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan cukai serta meningkatkan kecekapan perbelanjaan bagi mengawal paras defisit fiskal kerajaan.

Beliau berkata, langkah-langkah mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan, terutama berkaitan hasil adalah amat penting bagi memastikan kedudukan kewangan kembali kukuh dan berdaya tahan dalam tempoh jangka sederhana dan panjang.

“Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, kita berada di atas landasan pengukuhan fiskal yang konsisten sejak negara
beralih keluar dari krisis kewangan global pada tahun 2009 di mana defisit kita dikurangkan dari 6.7 peratus kepada 3.4 peratus pada 2019, sebelum meningkat semula kepada 6.2 peratus pada tahun 2020,” katanya.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkata demikian pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga:   Pandemik: Guru tetap gigih mendidik anak bangsa

Beliau berkata, pengenalan Strategi Hasil Jangka Sederhana merupakan salah satu langkah bagi memastikan kutipan hasil mampu membiayai perbelanjaan kerajaan.

“Selain itu, Akta Tanggungjawab Fiskal juga sedang digubal bagi menambah baik tadbir urus dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara.

“Namun, kerajaan memberi komitmen tidak akan memperkenalkan sebarang pembaharuan fiskal selagi ekonomi belum stabil,” katanya.

Baca juga:   Harga caj perkhidmatan 5G dijangka lebih rendah- Tengku Zafrul

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, sehingga akhir Jun lalu, paras hutang statutori telah mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.

Kataya, dengan ruang fiskal yang terhad, kerajaan tiada pilihan selain mengoptimumkan sumber pembiayaan sedia ada melalui rasionalisasi perbelanjaan, peningkatan hasil daripada ekosistem kerajaan.

Jelas beliau, ini termasuk penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) serta bersedia meningkatkan had siling KWC-19.

“Dalam masa yang sama, kerajaan bersedia melonggarkan peraturan had hutang untuk menyokong pelan pemulihan ekonomi berdasarkan kemampuan keberhutangan negara.

“Oleh itu, kerajaan akan mengusulkan di dalam Dewan yang mulia ini cadangan pindaan tersebut pada penggal akan datang,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan