24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lembah Klang rekod penurunan kes COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Penularan jangkitan COVID-19 di Lembah Klang hari ini, menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 384 kes apabila Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan sejumlah 6,724 kes daripada jumlah keseluruhan kes harian baharu yang dilaporkan sebanyak 11,985 kes hari ini.

Sungguhpun begitu, Selangor masih melepasi angka 5,000 dengan merekodkan sebanyak 5,550 kes berbanding 5,524 kelmarin begitu juga Kuala Lumpur melepasi angka 1,000 dengan  1,174 kes dilaporkan berbanding 1,580 kes sehari sebelumnya.

Dengan pertambahan itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sejak pandemik melanda negara, sebanyak 951,884 kes.

Daripada 11,985 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 65 kes (0.5 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dan 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

Manakala, sebanyak 178 kes (1.5 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,847 kes (48.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 5,850 kes (48.9 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19.

“Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhannya, hanya 2.4 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 97.6 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil pendekatan bagi kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai untuk di kuarantin/isolasi di rumah.

“Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital.

“Sementara, kes-kes kategori 3 hingga 5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital, dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, melihat situasi jumlah kes harian yang kekal tinggi, sememangnya katil-katil di hospital terutamanya ICU adalah penuh dengan pesakit.

“Daripada laporan yang diterima CPRC Kebangsaan dan CPRC Perkhidmatan Hospital, kumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

“Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas.

“Oleh itu, KKM ingin terus menyeru warga Malaysia terutamanya daripada kumpulan umur 18 hingga 59 tahun untuk mendaftar, mengikut temujanji yang ditetapkan, dan hadir mendapatkan vaksin COVID-19,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam perkongsian di Twitternya berkata, sekurang-kurangnya empat negeri merekodkan peningkatan kes iaitu Kedah dengan 800 kes berbanding 701 kes kelmarin, Pahang 603 kes (288 kes) Kelantan 386 kes (179 kes) dan Putrajaya 51 kes (50 kes).

“Bagaimanapun, Negeri Sembilan antara negeri yang menunjukkan penurunan kes ketara dengan 745 kes dilaporkan berbanding 970 kes pada hari sebelumnya.

“Begitu juga, Johor 644 kes (793 kes), Sabah 474 kes (657 kes), Melaka 453 kes (474 kes), Pulau Pinang 362 kes (460 kes), Perak 274 kes (295 kes), Sarawak 261 kes (351 kes) dan Terengganu 171 kes (190 kes). 

 “Sementara itu, Labuan merekodkan pertambahan 35 kes lagi pada hari ini dan Perlis (dua kes),” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 30 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan serta satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

“Kluster tersebut ialah Kluster Tapak Bina Jalan Langat (40 kes), Kluster Industri Jalan Jati Kiri (55 kes), Kluster Industri Anggerik Mokara 47 (19 kes), Kluster Industri Sungai Kayu Ara 32 (77 kes), Kluster Industri Meranti Utama Satu (17 kes), Kluster Jalan Seladang (22 kes), Kluster Jalan Jelawat Satu (lima kes) dan Kluster Industri Sungai Baong (14 kes).

“Selain itu, Kluster Tingkat Mak Mandin Lima (25 kes), Kluster PLO Jalan Tembaga (14 kes), Kluster Jalan Tanjong Puteri (10 kes), Kluster Simpang Pinggiran Tongkang (19 kes), Kluster Lorong Bukit Enam (95 kes), Kluster Dah Tapak Bina Pauh (18 kes), Kluster Sawit Lung (15 kes), Kluster Industri KKIP Selatan (12 kes) dan Kluster Pengkalan Barat 2 (sembilan kes),” katanya.

Beliau berkata, kluster lain ialah Kluster Jalan Melor Ketereh (19 kes), Kluster Kampung Sireh (sembilan kes), Kluster Kampung Joh (18 kes), Kluster Jalan Melur.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan, kes kematian harian mencatatkan angka tertinggi semalam dengan 199 kes termasuk 26 warga asing, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 7,440 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 103 kematian melibatkan lelaki dan 96 wanita manakala, terdapat 33 kes meninggal dunia di luar hospital atau Brought In Dead (BID).

“Sebanyak 199 kes kematian melibatkan 84 kes di Selangor, 57 kes di Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh kes di Negeri
Sembilan serta masing-masing enam kes di Johor dan Pahang.

“Tiga kes pula di Terengganu, dua kes di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan serta masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak,”katanya.

Berhubung data kebolehjangkitan pada kelmarin, Dr Noor Hisham berkata, nilai RT Malaysia sebanyak 1.12 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31).

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Sabah (nilai RT 1.25), Kedah (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.22), Johor (nilai RT 1.20), Putrajaya (nilai RT 1.19) dan Selangor (nilai RT 1.15).

“Lain-lain, Negeri Sembilan (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.14), Perak (nilai RT 1.13), Melaka (nilai RT 1.12), Kelantan (nilai RT 1.10)
dan Kuala Lumpur (nilai RT 1.08),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan